| ||||
Dunia Remaja Pencinta ALLAH
Sabtu, 10 Disember 2011
kisah ibu yg sedih
sanggup kah lelaki buat seperti ini??
boyfriend : saya rasa kena kita break skrg..
girlfriend : kenapa?awak tak sayang kat saya dah ke?
boyfriend : sebab saya sayang awklah saya kena break dgn awak..
...
girlfriend : jadi kenapa?
boyfriend : tiap2 hari awak call saya,msj saya,tanya khabar saya..tapi awak call tak mak awak tiap2 hari?
girlfriend : (diam)..
boyfriend : saya kesian dekat mak ayah awak..saya takpela.. couple ni dosa tp lelaki tanggung dosa dia sendiri..tapi awak tak..sebelum awak kahwin,mak & ayah awak akn tanggung dosa awak..awak tak kesian ke kat mak & ayah awak?awak call saya tiap2 hari sedangkan saya tak menanggung awak pun kecil2 dulu..mak ayah awak yg jaga awak sampai sekarang.
girlfriend : hurm..
boyfriend : awak tunggu saya boleh?kalau ada jodoh kita,saya akan kembali pada awak bila saya dah berjaya dan bila saya dah membentuk diri saya supaya saya layak membimbing awak dan kita boleh berpimpin tangan ke syurga ALLAH..INSYAALLAH..
girlfriend : mulanya saya susah nak terima tapi saya sedar saya mesti menyayangi ibu bapa saya dulu..terima kasih awak.

Khamis, 8 Disember 2011
SIFAT INDAH NABI
Nabi kita.. nabi Muhammad S.a.w dulu sangat baik akhlaknya.. ada di suatu pasar tu.. seorang pengemis yahudi yang buta.. Setiap kali orang menghampiri pengemis itu.. pengemis itu selalu kata jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.. boleh kata pengemis tu benci sangat kat nabi kita.. tapi sebenarnyapengemis itu tak tahu yang selalu memberikan makanan kepadanya, yang selalu menyuapkan makanan untuknya itu Nabi Muhammad S.a.w. Nabi kita tu sabar sangat..
Indah sangat akhlaknya.. setiap pagi Rasulullah saw datang kepadanya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad..
Dipendekkan cerita.. setelah Nabi Muhammad wafat.. Saidina Abu bakar sahabat Nabi lakukan apa yang Nabi buat tu.. Pastu Saidinia Abu Bakar ni pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis tu. Abu Bakar datang pada pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar r. a mula menyuapkan, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri"..
kemudian.. sahabat nabi itu menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w..
Setelah pengemis itu dengar cerita Abu Bakar dia pun menangis dan kemudian berkata, Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikit pun, malah ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...
Hmm indah sifat peribadi Rasulullah Saw? :D

Kesalahan-kesalahan Dalam Berpakaian Lelaki

Isuhangat selalu membicarakan kisah aurat kaum wanita seperti entri terdahulu:- Bungkus Aurat, Woi Kitaorang Tutup Auratlah, Wanita Akhir Zaman dan Sanggul Tinggi.
Kaum lelaki pula jangan menganggap enteng pasal aurat. Kali ini IH ingin berkongsi artikel mengenai kesalahan-kesalahan dalam berpakaian lelaki pula. Semoga bermanfaat.
1. Isbal.
Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua jenis pakaian seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar.
Rasulullah SAW bersabda:
“Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR. Al-Bukhari, shahih).
Ancaman bagi musbil (orang yang melakukan isbal ) dengan Neraka tersebut sifatnya adalah mutlak dan umum, baik dengan maksud takbur atau tidak. Jika isbal tersebut dilakukan dengan maksud takbur maka ancamannya lebih besar.
Nabi SAW bersabda:
“Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) kerana takbur.” (Muttafaq Alaih, shahih).
Dan secara tegas Nabi SAW melarang kita kaum lelaki melakukan isbal. Beliau SAW bersabda:
“Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan A Hadis di atas memberi kata putus terhadap orang yang beralasan bahawa memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki dibolehkan asal tidak kerana sombong. Ini adalah alasan batil dan dicari-cari untuk membenarkan kebiasaan mereka yang menyalahi sunnah.
Hadis di atas dengan tegas memasukkan perbuatan isbal sebagai sikap sombong, apatah lagi jika memang berniat untuk sombong. Maka jelaslah ancamannya sangat berat. Dan fakta menunjukkan, lelaki yang musbil itu, memanglah pada umumnya untuk bergaya yang di dalamnya ada unsur bangga diri dan sombong. Buktinya kebanyakan mereka menganggap kekampungan, kolot serta melecehkan saudara-saudara mereka yang mengenakan pakaian di atas mata kaki, padahal itulah yang diperintahkan syariat.
Adapun kaum wanita, mereka diwajibkan menutupi tubuhnya hingga di bawah mata kaki, kerana ia termasuk aurat.
Namun hakikatnya, yang dipraktikkan umat Islam di zaman ini adalah sebaliknya.
Lelaki memakai pakaian hingga di bawah tumit, sedang wanita pakaiannya jauh di atas tumit.
Naudzubillah, dan kepada Allah kita memohon keselamatan
t-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).
Hadis di atas memberi kata putus terhadap orang yang beralasan bahawa memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki dibolehkan asal tidak kerana sombong. Ini adalah alasan batil dan dicari-cari untuk membenarkan kebiasaan mereka yang menyalahi sunnah.

2. Mengenakan pakaian nipis dan ketat.
Dalam kaca mata syariat, jika bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh dikenakan.
Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf: 26).
Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa. Namun jika pakaian itu menyerupai dan menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan.
Dan kebiasaannya lelaki yang body builder, kaki gym memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu.
3. Mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian wanita.
Di antara fitrah yang disyariatkan Allah kepada hambaNya iaitu agar lelaki menjaga sifat kelelakiannya dan wanita menjaga sifat kewanitaannya seperti yang telah diciptakan Allah. Jika hal itu dilanggar, maka yang terjadi adalah kerosakan hidup di masyarakat.
Dalam hadis shahih disebutkan:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Al-Bukhari).
Sebagian ulama berkata, ‘Yang dimaksud menyerupai dalam hadis tersebut adalah dalam hal pakaian, berdandan, sikap, gerak-geri dan sejenisnya, bukan dalam berbuat kebaikan.’ Kerana itu, termasuk dalam larangan ini adalah larangan mendandan rambut, memakai anting-anting, kalung, gelang kaki dan sejenisnya bagi lelaki, sebab perkara-perkara tersebut adalah kekhususan bagi wanita.
Rasulullah bersabda:
“Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (HR. Abu Daud, Shahihul Jami’ , 5071) .
4. Mengenakan pakaian mengikut trend.
Sebahagian umat Islam, terutama remaja sering tergila-gila dengan fesyen pakaian yang sedang menjadi trend atau pakaian yang dikenakan oleh para artis dan idola mereka. Seperti pakaian bergambar penyanyi, kumpulan-kumpulan muzik, botol dan cawan arak, gambar-gambar makhluk hidup, salib atau lambang-lambang kelab-kelab bolasepak dan organisasi-organisasi non Islam, juga slogan-slogan kotor yang tidak hormat dan kebersihan diri, yang biasanya ditulis di belakang t’shirt dengan bahasa Malaysia atau bahasa-bahasa asing.
Pada umumnya para pemakai pakaian-pakaian tersebut merasa bangga dengan pakaiannya, bahkan dengan maksud untuk memperoleh populariti kerana pakaiannya yang aneh tersebut.
Padahal Nabi bersabda:
“Barangsiapa mengenakan pakaian (untuk memperolehi) populariti di dunia, niscaya Allah mengenakan kepadanya pakaian kehinaan pada hari Kiamat.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Umar, hasan).
Imam Asy-Syaukani berkata, ‘Hadis di atas menunjuk-kan diharamkannya mengenakan pakaian untuk meraih populariti. Dan larangan tersebut tidak khusus terhadap pakaian untuk populariti, tetapi termasuk juga pakaian yang berlawanan dengan pakaian masyarakat pada umumnya (yang bertentangan dengan agama/etika). Jika pakaian itu untuk maksud populariti, maka tidak ada bezanya antara pakaian yang mahal atau murah, sesuai dengan yang dikenakan orang pada umumnya atau tidak, sebab pengharaman tersebut bergantung (niat) populariti.’
5. Mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.
Seperti memakai seluar pendek atau pakaian sukan lainnya yang menampakkan peha. Aurat lelaki adalah dari pusat sehingga dua lutut.Oleh itu, peha termasuk aurat. Setiap muslim diperintahkan menutup dan menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau hamba sahayanya.
Ketika Rasulullah SAW melihat sahabat Ma’mar tersingkap pehanya, beliau SAW bersabda:
“Wahai Ma’mar, tutupilah pehamu, kerana peha adalah aurat.” (HR. Ahmad).
“Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba sahayamu.” (HR. Imam lima kecuali An-Nasa’i dengan sanad hasan).
6. Tidak memperhatikan masalah pakaian ketika masuk masjid
Sebagian orang yang akan menunaikan solat berjemaah tidak peduli dengan pakaian yang dikenakannya. Misalnya masuk masjid dengan mengenakan jenis pakaian sebagaimana disebutkan pada point keempat. Solat adalah untuk menghadap kepada Allah, kerana itu kita harus mengenakan pakaian yang bagus dan indah sebagaimana yang diperintahkan.
Allah berfirman:
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (Al-A’raf: 31).
Disunahkan pula agar kita memakai wangi-wangian ketika hendak ke masjid dan menghindari bau-bauan yang tidak sedap. Demikianlah yang dituntunkan dan dipraktikkan baginda Nabi SAW dan para sahabatnya yang mulia.
7. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa
Apalagi gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Setiap tukang gambar ada di Neraka, Allah menciptakan untuknya (dari) setiap gambar yang dia bikin sebuah nyawa, lalu mereka menyiksanya di Neraka Jahannam.” (HR. Muslim).
“Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar-gambar.” (HR. Al-Bukhari).
Adapun gambar orang-orang kafir maka memakai atau menggunakannya mudaratnya akan semakin besar, sebab akan mengakibatkan pengagungan terhadap mereka.
8. lelaki menggunakan perhiasan emas dan kain sutera.
Sekarang banyak kita jumpai barang-barang perhiasan untuk lelaki yang terbuat dari emas. Seperti jam tangan, kaca mata, butang baju, pen, rantai, cincin dan sebagainya.
Dari Ibnu Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW melihat cincin emas di tangan seorang lelaki, serta merta baginda menngambilnya lalu membuangnya, seraya bersabda:
“Salah seorang dari kamu sengaja (pergi) ke bara api, kemudian mengenakannya di tangannya!’ Setelah Rasulullah SAW pergi, kepada lelaki itu dikatakan, ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah!’ Dia menjawab, ‘Demi Allah, selamanya aku tidak akan mengambilnya, kerana Rasulullah SAW telah membuangnya.” (HR. Muslim, 3/1655).
Dan Rasulullah SAW bersabda:
“Dihalalkan emas dan sutera itu untuk kaum wanita dari kaumku dan diharamkan keduanya bagi kaum lelaki dari nya.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan An-Nasa’i, shahih).
Wallahualam.

KISAH 4 PEMUDA SEJATI
Dengan berat hati kita harus diakui, keruntuhan moral masyarakat sekarang ini dilihat dari keruntuhan mentaliti pemuda-pemudinya. Walaupun orang dewasa pun banyak melakukan maksiat, kita boleh lihat pelaku seks bebas adalah pemuda, mat rempit adalah pemuda, peragut adalah pemuda, penyokong muzik barat adalah pemuda dan kebanyakan penagih dadah adalah pemuda.
Mudahnya, hancurnya masyarakat kita adalah jelas oleh kehancuran akhlak pemudanya. Kebanyakan pemuda pada masa ini sudah kehilangan segala-galanya;capability, identiti dan integriti.
Kisah berikut semoga boleh menjadi pelajaran berharga bagi kita. Kisah ini akan memberi gambaran kepada kita Bagaimana sesunggunya karakteristik ideal dari seorang pemuda. Dari cerita berikut setidaknya kita akan mendapat petunjuk mengenai takwa kepada Allah Swt, rasa tanggungjawab, mengambil berat, serta makna persaudaraan:
Pada Zaman Khalifah Omar Bin Khattab R.A, ada seorang pemuda sedang mengembara. Dia menggunakan unta yang akan digunakan sebagai kenderaannya.
Di tengah perjalanan, dia menemui sebuah tempat rehat yang ditumbuhi rumput hijau yang segar. Dia berhenti di situ untuk beristirahat sejenak. Pemuda itu kemudian duduk di bawah pohon. Kerana terlalu penat, akhirnya dia tertidur. Semasa dia tidur, tali untanya terlepas, sehingga unta itu merayau ke sana ke mari. Akhirnya, unta itu masuk ke dusun yang ada berdekatan. Unta itu memakan tanam-tanaman dan buah-buahan di dalam dusun. Unta itu juga merosakkan banyak tanamannya.
Penjaga kebun adalah seorang lelaki tua. Lelaki tersebut berusaha mengusir unta itu, namun dia tidak berjaya. Kerana bimbang unta itu akan merosakkan seluruh kebunnya, lelaki tua pun membunuhnya. Setelah terjaga, pemuda itu mencari untanya. Akhirnya, dia menemui unta itu telah bergelimpang mati di dalam kebun tersebut.
Pada masa itu, lelaki itu datang. Pemuda itu bertanya, “Siapa yang membunuh unta milikku ini?” Lelaki tua itu lalu menceritakan apa yang telah dilakukan oleh unta itu. Kerana risau akan merosakkan seluruh isi kebun, maka dia terpaksa membunuhnya.
Mendengar perkara itu, pemuda tak dapat menahan amarahnya. Oleh kerana tidak dapat mengawal kemarahannya serta-merta dia memukul lelaki tuan punya dusun itu. Malangnya, lelaki itu meninggal ketika itu juga. Pemuda itu amat menyesal atas apa yang dilakukan. Pada masa yang sama, datanglah dua orang pemuda yang merupakan anak kepada lelaki tadi.
Mengetahui ayahnya telah tidak bernyawa lagi dan disebelahnya berdiri pemuda itu, mereka lalu menangkapnya. Kemudian, keduanya membawa pemuda tadi menghadap Amirul Mukminin; Khalifah Omar bin Khattab RA.
Mereka berdua menuntut dilaksanakan qisas (hukum bunuh) kepada pemuda yang telah membunuh ayah mereka. Lalu, Khalifah Omar bertanya kepada pemuda tadi. Pemuda itu mengakui perbuatannya. Dia benar-benar menyesal atas apa yang telah dilakukannya.
Khalifah Omar lalu berkata, “Aku tidak punya pilihan lain kecuali melaksanakan hukum Allah terhadapmu”.Pemuda tadi dengan lapang dada menerima keputusan tersebut. Dia kemudian meminta kepada Khalifah Khalifah Omar, agar diberi waktu dua hari untuk pulang ke kampungnya, sehingga dia boleh berjumpa keluarganya serta boleh membayar hutang-hutangnya.
Khalifah Omar kemudian berkata, “Hadirkan padaku orang yang menjamin, bahawa kau akan kembali lagi kesini. Jika kau tidak kembali, orang itu yang akan diqisas sebagai ganti dirimu.”
Pemuda itupun menjawab,
“Wahai Amirul Mukminin, Aku orang asing di negeri ini, aku tidak boleh mendatangkan seorang penjamin.”
Salah seorang sahabat mulia, ABU DZAR AL-GHIFARI RA (yang ketika itu usianya boleh dikategorikan masih muda) secara kebetulan hadir di majlis tersebut. Beliau kemudian berkata, “Hai Amirul Mukminin, ini kepalaku, aku berikan kepadamu jika pemuda ni tidak datang lagi setelah dua hari.”
Dengan terkejut, Khalifah Omar berkata, “Apakah kau yang menjadi penjaminnya, wahai Abu Dzar, sahabat Rasulullah?,” “Benar, ya Amirul Mukminin,” jawab Abu Dzar lantang.
Pada hari yang telah ditetapkan untuk pelaksanaan hukuman qisas, orang ramai tidak sabar menantikan datangnya pemuda itu.
SANGAT MENGEJUTKAN! Dari jauh mereka melihat pemuda itu datang dengan memacu kudanya. Dia tiba di tempat pelaksanaan hukuman. Orang-orang memandangnya dengan penuh takjub.
Khalifah Omar bertanya kepada pemuda itu, “Mengapa kau kembali lagi ke sini anak muda, padahal kau boleh menyelamatkan diri dari maut?”
Pemuda itu menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, aku datang ke sini agar jangan sampai orang-orang berkata, ‘TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG MENEPATI JANJI DI KALANGAN UMAT INI’. Dan agar orang-orang tidak mengatakan, ‘TIDAK ADA LAGI PEMUDA SEJATI YANG BERANI BERTANGGUNGJAWAB PERBUATANNYA DI KALANGAN UMAT INI”
Lalu, Khalifah Omar melangkah ke arah Abu Dzar Al-Ghiffari dan berkata, “Dan kau wahai Abu Dzar, bagaimana kau boleh berani menjamin pemuda ini, padahal kau tidak kenal dengan pemuda ini?”
Abu Dzar menjawab, “Aku lakukan itu agar orang-orang tidak mengatakan BAHAWA TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG BERSEDIA BERKORBAN UNTUK SAUDARA SEAGAMA DALAM UMAT INI.”
Mendengar itu semua, dua orang pemuda anak lelaki yang terbunuh pun ikut berkata, “Sekarang tiba giliran kami, wahai Amirul Mukminin, kami bersaksi di hadapanmu bahawa pemuda ini telah kami maafkan, dan kami tidak meminta apa pun darinya! Tidak ada yang lebih utama dari memberi maaf jika mampu. Ini kami lakukan agar orang tidak mengatakan BAHAWA TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG BERJIWA BESAR, YANG MAHU MEMAAFKAN SAUDARANYA DI KALANGAN UMAT INI.”
SUBHANALLAH, Kisah di atas sangat mempesonakan. Inilah gambaran tentang pemuda sejati, pemuda-pemuda kaya hati. Keempat pemuda dalam kisah di atas menggambarkan kepada kita siapa itu Pemuda Sejati, Pemuda Impian banyak Hati.

wanita
(✿◠‿◠)PERKARA yang TERINDAH dari seorang WANITA
bukan pada saat ia TERSENYUM bahagia(✿◠‿◠)
(✿◠‿◠)tetapi
di saat butiran AIR MATA jatuh dalam DOA
bukan kerana KATA-KATA yang indah(✿◠‿◠)
(✿◠‿◠)tetapi
saat dia DIAM dalam ZIKIR
bukan kerana kecantikannya yang mempesona(✿◠‿◠)
(✿◠‿◠)tetapi
RUKUK dan SUJUDNYA yang tiada henti
maka dialah PERMATA yang dirindu & EMBUN yang dinanti,bahkan BIDADARI SYURGA pun cemburu padanya..(✿◠‿◠)
(✿◠‿◠) Mahligai cinta seorang muslim perlulah bersulamkan TAQWA (✿◠‿

syaitan GEMOK
Sahabat Rasulullah SAW Abu Hurairah R.A pernah bercerita “Perbezaan syaitan penggoda orang kafir dan syaitan penggoda orang mukmin. Syaitan Penggoda orang kafir kelihatan gemuk, segar, rapi dan memakai baju cantik. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus,kering, kusut, dan telanjang.”
Syaitan gemuk bertanya kepada syaitan kurus, “Mengapa kamu menyedihkan, kau kurus, kering, kusut,dan telanjang?”
Syaitan kurus menjawab, “Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca bismillah,menyebut nama ALLAH. Ketika hendak makan dan minum, dia membaca bismillah, menyebut nama ALLAH, maka aku tetap lapar dan haus.
Ketika memakai minyak rambut dia menyebut nama ALLAH, maka aku tetap kusut. Dan ketika dia memakai baju, dia juga menyebut nama ALLAH sehingga aku tetap telanjang.”
Syaitan gemuk menyahut, “kalau begitu, aku beruntung, aku bersama orang yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu, dia tidak menyebut nama Allah sehingga aku dapat makan bersamanya sampai puas.
Ketika minum, dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh bersama dia minum. Ketika berhias dia tidak menyebut nama Allah sehingga aku turut berhiasDan, ketika memakai baju, aku pun ikut memakai pakaiannya.”
Begitulah, betapa agung faedah membaca bismilah. Syaitan tidak dapat bersama makan makanan orang yang membaca :
Bismilahirrahmanirrahim !
Wallahualam

Langgan:
Ulasan (Atom)