Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di
mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam
air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan
MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai
MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
& mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi
dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya & janganlah
menganggap ia begitu teguh... cukuplah sekadar
keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar
untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia
dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH
seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya &
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia
melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA &
meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu
MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan
TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu
pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi
itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu
kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu
berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang
lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan.. . KELAK..
Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik
orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan