Powered By Blogger

Rabu, 7 Disember 2011

ingat la saudaraku!!

Aku Mengingatkan Kamu Bukan Tandanya Aku Sempurna Akan Tetapi Jika Nak Tunggu Semua Manusia Sempurna Nescaya Agama Islam Tak Akan Tersebar Selepas Kewafatan Rasulullah SAW. Selagi Urat Nadiku Masih Berdenyut , Akan Ku Kirimkan Beberapa Pesanan Agar Menjadi Peringatan Kepada Diriku & Dirimu . Jika Aku Terleka Tolong Peringatkan Aku . Jika Aku Tertidur, Tolong Gerakkan Aku, Jika Aku Terkasar , Tolong Lembutkan Aku & Jika Aku Tersilap Sila Teguri Aku Dengan Cara BERHIKMAH Kerana Aku Juga SEBAHAGIAN Daripada KAMU “

01 - Kita Hidup Di Dunia Hanya Sekali , Tak Mungkin Kita Akan Diberikan Peluang Untuk Kali Ke Dua, Peluang Ketiga , Peluang Keempat Atau Peluang Seterusnya. Oleh Itu Gunakanlah Dunia Dengan Sebaik Baiknya . Jadikanlah Dunia Ini Sebagai Tempat Untuk Kau Mendekatkan Diri Pada Tuhanmu, Bukannya Kau HANYA Mencari Tuhan Di Saat Kau TERSUNGKUR .

02 - Wahai Saudara Seislamku , Kita Terpecah Kerana Memilih Untuk Memecahkannya . Janganlah Kita Berpecah Sesama Kita. Kerana Matlamat Kita Tetap Sama Iaitu Untuk Beribadah Kepada yang Maha ESA . 

03 – Wahai Saudaraku , Jagalah Solatmu . Jika Kita Tidak Menjaga Solat , Itu Bermakna Kita Telah Meruntuhkan Tiang Agama Kita . Kita Akan Marah Bila Musuh Islam Telah Membakar & Percubaan Musuh Islam Untuk Meruntuhkan Masjid al-AQSA Di PALESTIN , Tetapi Pernah Tidak Kita Terfikir ?? Kita Sendiri Sebenarnya Yang Lebih Banyak Meruntuhkan Tiang Agama Berbanding Musuh Islam

04 – Wahai Saudaraku , Bersangka Baiklah Kamu Pada Tuhanmu . Jika Kau Bersangka Baik Dengan Tuhanmu , Jiwamu Akan Tenang , Akan Tetapi Jika Kau Bersangka Buruk Pada Tuhanmu , Maka Basahkan Lidahmu Dengan Zikrullah Agar Kau Mendapat Maghfirah Daripada Tuhanmu.

05 – Wahai Saudaraku , Jadikan al-Quran Itu Sebagai Penunjuk Jalan Dalam Hidupmu. Janganlah Kau Menjadikan Kalam Tuhanku Sebagai Bahan Untuk Berhujah & Mempertahankan Dirimu. Kalam Tuhanku Bukannya Digunakan Untuk Berdusta Akan Tetapi Jadikan Kalam Tuhanku Sebagai Peringatan Dirimu Yang Terleka.

06 – Wahai Saudaraku , Mencari Guru Tak Semudah Menjadi Guru . Hakikat Pada Dunia Akhir Zaman , Nak Cari Guru Bukanlah Macam Nak Beli Pakaian . Nampak Cantik & Berkualiti Terus Beli . Jika Kau Ingin Mencari Pasangan Hidup Pun Kena Solat Istikharah , Maka Gunakanlah Istikharah Untuk Mencari Guru Yang Boleh Membimbingmu Untuk Mendapat Keredhaan Illahi , Bukannya Untuk Dirimu Menjauhi Tuhanmu.

07- Wahai Saudaraku , Tanpa Air Mata Manusia Akan Menjadi Buta .
Biarkan Air Matamu Menangis Kerana Mengenang Dosa Dosa Silammu. Sesungguhnya Air Matamu Itu Dapat Memadamkan Api Keegoan Dirimu . Dan Bersyukurlah Kerana Tuhan Masih Menyayangi Dirimu. Jagalah Tuhanmu Kerana Tuhanmu Amat Merindui Rintihan Suara Hamba Nya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan